Monday

DOSA BESAR



ANDA tidak berzina dan insya Allah tidak akan berzina sama sekali. Kerana anda tahu bahawa berzina itu salah satu dosa besar. 

TETAPI anda melakukan satu DOSA BESAR apabila menuduh orang lain berzina, cepat mempercayai orang berzina lalu 'membawa mulut' walaupun hanya tuduhan rambang melalui sangkaan (seperti klip video) atau sekurang-kurangnya mudah memperakui orang lain berzina sekadar tuduhan sahaja maka anda telah turut melakukan DOSA BESAR iaitu QAZAF.

Tahukah anda bahawa seseorang yang terlibat dengan Qazaf maka persaksiannya tidak diterima selama hayatnya. Fikir dan renung betapa berat dosa Qazaf dan jangan terlibat sama sekali dengan Qazaf akibat kelalaian dan keceluparan mulut. Tanpa sedar, dosa Qazaf mengakibatkan anda kehilangan hak anda selaku seorang Muslim seumur hidup iaitu persaksian. 


Ustaz Zamri Zainal Abidin