Friday

Cara Berjaya Dengan Senang

Setiap hari:
  1. Bangun dari tidur sahaja, kita bersyukur kpd hadrat Allah Taala dan berniat moga dikurniakan akhlak yg baik(berani,yakin,bijak,jujur itu semua akhlak yg baik dan mulia) dijauhkan sifat hasad dengki yg ada pada diri kita sepenuhnya.)
  2. Bila berjumpa dengan sesape yg berjaya dalam hidup, kita mendoakan supaya mereka itu dikurniakan petunjuk dan jgnlah kita mendengki. Dengki itu akan kena balik pada kita, time itu baru nk sedar pun kekadang tk guna tp Allah lebih mengetahui.
  3. Solat Dhuha(2 rakaat)
  4. Solat Hajat(2 rakaat)tetiap hari- moga hati kita menjadi bersih,suci, beriman dan kuat ketika dalam kesenangan dan kesusahan dan diberikan kekayaan dunia dan cuba minta spesifik.
  5. Solat Hajat utk mereka yg dengki supaya diberi hidayah atau petunjuk ataupun dijauhkan/dilindungi dari mereka. Tk perlu jumpa bomoh..
  6. Baca buku2 motivasi dan cari ilmu walaupun seciput setiap hari supaya dengan ilmu itu kita beramal dan bila beramal biarlah ikhlas kerana Allah.
  7. Bernazar bila matlamat kewangan kita dh tercapai. Cthnya: Gi Haji bila dh berpendapatan RM20k sebulan.
  8. Set matlamat baru bila dh capai RM20k sebulan.Nk RM40k sebulan. Tidak salah bercita2 tinggi asalkan tidak menipu dan mendengki.
  9. Selalulah bersedekah utk membantu mereka yg dalam kesusahan dengan niat ikhlas kerana Allah dan kl orang lain nmpk pun, biarlah(berdoa supaya) dia melihat Allah yg memberikan petunjuk kpd kita utk menderma dan dengan cara itupun kita berdakwah. Kl kita ada kwn2 atau saudara kita yg dalam kesusahan pun, kita tolong dia. Kl dh benci saudara atau kwn tapi still nk bg gk duit, kita boleh bank in atau letak dalam post box dia tanpa pengetahuan dia.
  10. Jgnlah kita tipu utk menganiaya orang.Doa orang yg dianiaya akn dimakbulkan. Pengalaman aku juga menbuktikan sedemikian.
  11. Bila kaum cina berjaya lebih dari kita, ingat Allah lebih berkuasa dan dengan itu kita patut yakin yg kita boleh berjaya dari segi kewangan dan dihormati dan dikenali bukan kerana rasuah tapi kerana ikut Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.
  12. Kl kita berdepan dengan kaum lain yg berjaya lbh dari kita, kita berdoa saat itu supaya kita diberi petunjuk dan diberi akhlak yg mulia termasuk keyakinan yg luhur supaya kita menjadi contoh yg baik kepada mereka pula dari segala segi. Kaum yg lain pun dicipta oleh Sang Pencipta yg sama yakni Allah Taala.