Nak duit cepat tapi bank susah nak dapat
Jadi apa nak buat, pasti ada jalan singkat
Nak duit segera hukum darurat disalah erti
Halal haram dipandang sepi, tak perlu itu ini, yang penting ada i.c.
Helo kawan, berapa mahu
Mai masuk rilek-rileklah dulu
Sama-sama carik makan, interest wa sikit makan
Gerenti lulus…lu sama gua
Helo tauke..hari ini tak dapat bayar
Takapa nanti datang, agreement lama kita tukar
Kita naik sikit bunga ala kadar
Jangan susah wa banyak sabar
Satu bulan sudah lalu
Apa macam baki pinjam naik 7 ribu
Ingat dulu wa pinjam hanya satu
Helo tauke apa macam jadi itu
Macam mana mau setel
Semua bank aku tak ada cable
Tengok-tengoklah dalam utusan
Mungkin situ ada jalan
Woi…banyaknya abang-abang along ku dapat
Sampai ada
‘Loan baru setel yang lama’
Yesss! Inilah penyelesaiannya
Helo kawan berapa mau
Mai masuk..rilek-rileklah dulu
Sama-sama carik makan, interest wa sikit makan
Gerenti lulus…lu sama gua
Woi…apa macam ini kawan
Buka lubang tutup lubang
Macam mana mahu senang
Hutang sudah keliling pinggang…