Salam,
Adakah Kita Selamat?
——————–
Adakah kita kira kita akan selamat di akhirat kerana kita telah memeluk ugama Islam?
Atau kita akan dicap oleh allah swt sebagai seorang yang munafiq? Wa iadzu billahi min dzalik?
Bukankah azab bagi orang-orang munafiq itu lebih berat daripada orang-orang kafir? Tetapi adakah kita sedar dan tahu bahawa kita bukan orang munafiq?
Ujian Pertama (Perang ?)
————————-
Jika kita bukan orang munafiq, cuba tanya diri kita dan bayangkan, jika Nabi Muhammad saw ada ditengah kita sekarang ini dan menyuruh kita berperang, adakah kita mahu berperang?
Kalau kita mahu berperang itu tandanya kita selamat. Tetapi kalau kita tidak mahu berperang, itu tandanya kita munafiq.
Ini bukan isyarat untuk berperang tetapi hanya untuk menguji keimanan kita.
Ujian Kedua (Solat Fardhu Berjemaah 40 hari?)
———————————————-
Wahai saudaraku orang-orang yang beriman, selain dari menguji taraf keimanan kita dengan perasaan rela atau tidak untuk ikut dalam peperangan yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad saw, Nabi Muhammad saw telah berpesan, untuk selamat dari menjadi orang-orang yang munafiq itu ialah dengan menjaga takbir solat berjemaah selama 40 hari? adakah kita telah sempat menyempurnakannya, atau semua solat kita dalam masa 40 hari itu diterima?
Jika belum atau jika solat kita itu masih ada cacatnya maka risau-risaukanlah diri kita.
Atau jika kita yakin solat kita itu telah diterima, adakah kita yakin bahawa kita tidak akan melakukan dosa selepas itu sehingga menyebabkan pahala kita itu akan utuh tidak rosak sehingga hari kiamat?
Bagaimana jika kita masih membuat dosa juga selepas itu? adakah kita yakin pahala 40 hari kita itu masih selamat sehingga menjamin kita tidak akan menjadi munafiq?
Jadi, jika begitu masalahnya, maka tentulah perlu untuk kita agar sentiasa menjaga solat fardhu berjemaah.
Sudah Banyak Pahala
——————-
Atau kita merasa kita tidak perlu risau kerana amalan kita sudah banyak kerana kita pernah umrah atau naik haji? Atau tuan seorang pegawai ugama yang banyak sumbangan pada ugama atau ustaz adalah seorang penceramah telah membawa 1000 orang masuk islam?
Tetapi bagaimana kalau kita dicap oleh Allah swt sebagai orang munafiq, hanya kerana kita belum bersedia untuk berperang bersama Rasulullah saw atau belum lagi menunaikan solat berjemaah dengan sempat takbir bersama imam selama 40 hari tanpa ada cacat celanya solat kita itu? Bukankah amalan orang yang munafiq itu tidak dikira? Wa iadzu billah min dzalik.
Masih Muda
———-
Atau kita rasa kita masih terlalu muda untuk solat berjemaah dan kita belum tentu akan mati esok? Tapi mahukah kita hidup dengan tanpa sebarang petunjuk dari Allah swt? Atau adakah kita boleh menjamin diri kita tidak akan mati esok? Tahukah kita bahawa petunjuk yang benar-benar kukuh dan kuat itu hanya berada di masjid? Itupun jika selesai solat dari masjid itu kita dapat menjaga keimanan kita? Tetapi bagaimana pula orang yang jarang atau tidak mahu solat fardhu berjemaah di masjid?
Bencana Yang Paling Berat
————————-
Tahukah kita bahawa bencana yang paling berat itu ialah apabila ibu kita marah kepada kita kerana dosa kita kepadanya, lalu ia tidak membenarkan kita naik kerumahnya.
Atau kita telah berlaku silap kepada kekasih kita, lalu kekasih kita itu enggan menjumpai kita?
Bagaimana sikap kita, kalau Allah swt tidak mahu menjumpai kita di masjid?
Sebenarnya kita tidak mahu solat ke masjid bukanlah kerana kita tidak mahu solat ke masjid semata-mata, tetapi Allahlah yang tidak mahu kita ke masjid kerana banyaknya dosa kita atau kerana kita belum bertaubat nasuha.
Sila Lihat dalam surah al-Mutaffifin ayat 14.
Maka inilah bencana yang paling berat bagi orang-orang yang tahu.
Kita Orang Hebat
________________
Adakah kita merasa bahawa kita orang hebat sehingga tidak takut lagi kepada janji-janji Allah swt. Namun adakah kita takut kepada ketua, atau polis, atau penjara, atau takut jika Negara kita diserang orang Pengganas atau USA?
Cubalah tukarkan perasaan takut kepada ketua atau polis atau penjara atau pengganas atau USA itu atau samakan perasaan takut itu dengan takut kepada Allah swt. Yang Maha Melihat dan Maha Mengawasi perbuatan kita setiap saat.
Sibuk
——
Atau kita rasa kita sukar untuk solat berjemaah kerana halangan sibuk oleh pekerjaan kita? Atau halangan sibuk oleh dengan keluarga? Atau halangan sibuk dengan kawan-kawan? Tetapi adakah pekerjaan kita atau keluarga kita atau kawan-kawan kita dapat memelihara kita dari azab allah swt?
Allah swt Tidak Menerima Alasan Sibuk Dengan Harta Dan Keluarga
Adakah kita tahu bahawa Allah swt tidak menerima alasan sibuk kerana keluarga dan harta walaupun untuk berjihad. Maka adakah patut kita memberikan alasan yang sama hanya untuk solat fardu berjemaah, walaupun solat fardu berjemaah itu hanya memakan masa tidak sampai 15 minit hingga 30 sekali pada satu masa.
11. Orang-orang Badwi yang tertinggal (tidak turut ke Hudaibiyah) akan mengatakan: “Harta dan keluarga kami telah merintangi kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami”; mereka mengucapkan dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah : “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah jika Dia menghendaki kemudharatan bagimu atau jika Dia menghendaki manfaat bagimu. Sebenarnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Kita Hidup Untuk Apa?
———————
Untuk apakah kita hidup sebenarnya? adakah kita hidup untuk makan? atau kita hidup untuk bekerja? atau kita hidup untuk keluarga? atau kita hidup untuk kawan-kawan kita? atau kita hidup untuk allah swt?
Lihatlah dalam surah adz-Dzariat 51- ayat 56:
1. Az Zariyat - 51:56
وَمَا خَلَقْت٠الْجÙنَّ وَالْإÙنسَ Ø¥Ùلَّا Ù„ÙÙŠÙŽØ¹Ù’Ø¨ÙØ¯ÙونÙ
56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Jika kita hidup untuk Allah swt, kenapa waktu solat fardhu berjemaah di masjid kita masih leka dengan kerja kita? atau leka dengan keluarga? atau leka dengan kawan-kawan?
Tidakkah boleh kita lepaskan sekejab pekerjaan kita, atau keluarga atau kawan-kawan untuk menunaikan tugas utama kita kenapa kita dijadikan oleh Allah swt di muka bumi ini?
Kalau kita seorang ketua keluarga? jika kita masih mahu bersama keluarga, bawalah sama-sama semua keluarga ke masjid.
Jika kita ketika itu bersama teman-teman? jika kita masih mahu bersama kawan-kawan, maka bawalah kawan-kawan ke masjid
Solat Fardhu Berjemaah Waktu Mesyuarat
————————————–
Jika tuan ketua pejabat dan tuan sedang meeting? maka rehatlah sekejab, dan bawalah semua ahli-ahli mesyuarat solat berjemaah? atau buatlah saja meeting di dalam bilik meeting di masjid-masjid yang berhampiran?
Kenapa waktu rehat dalam meeting kita boleh rehat minum dan bersembang, tetapi untuk waktu solat kita tidak boleh tinggalkan meeting kita sekejab untuk solat berjemaah? adakah minum lebih penting daripada solat fardhu berjemaah? atau adakah meeting lebih penting daripada solat fardhu berjemaah? jika kita merasa meeting lebih penting dari solat fardhu berjemaah, maka tidakkah kita terfikir bahawa sangkaan kita itu adalah sangkaan yang amat keliru?
Bukankah dengan solat berjemaah akan menyatukan hati kita, mententeramkan perasaan, memberikan nur dan sebagainya? Sanggupkah kita meeting tanpa hati yang bersatu atau tanpa ketenteraman perasaan atau tanpa hidayah yang tinggi dari Allah swt?
Solat Fardhu Berjemaah Waktu Dzuhor Semasa Hari Berkerja
——————————————————–
Jika kita balik tengahari waktu pejabat dan mengambil anak sekolah adakah kita tidak sempat singgah di mana-mana masjid untuk solat berjemaah terlebih dulu? Kalau kita lebih mementingkan Allah swt dari perkara yang lain, maka adakah alasan tidak sempat boleh diterima?
Solat Fardhu Berjemaah Waktu Majlis-Majlis Atau Majlis Perkahwinan
——————————————————–
Adakah majlis-majlis atau jemputan-jemputan kahwin lebih kita pentingkan daripada jemputan Allah swt ke masjid? Adakah kita lebih memuliakan dan menghormati dan takut kepada orang berbanding Allah swt.? Tetapi, kalau kita lebih menghormati Allah swt, kenapa waktu azan berkumandang kita masih duduk bersembang di bawah kem Jemputan Kawin?
Adakah kita lebih mulia daripada Allah swt atau kita sama mulia dengan Allah swt sehingga kita perlu dijemput secara khusus dengan surat-surat jemputan, dan kalau kita tidak dijemput dengan surat jemputan itu maka kita tidak akan hadir ke masjid pada waktu solat-salat fardhu, seperti mana jika ada majlis-majlis ugama maka barulah penuh masjid?
Kenapakah tidak ramai orang yang menjemput waktu pagi untuk mengelakkan waktu solat fardhu?
Jemputan Wajib Dihadiri
———————–
Atau kita telah dijemput oleh seseorang dengan surat jemputan dan kita tidak boleh melepaskan jemputan itu kerana hukumnya adalah wajib untuk menghadiri jemputan?
Adakah kita tahu bahawa hukum menghadiri jemputan Allah adalah lebih wajib daripada menghadiri jemputan orang?
Hadis-Hadis Nabi dan Ijma’ para sahabat mengenai Solat Fardhu berjemaah
————————————————————-
Lihatlah hadis-hadis Nabi Muhamamd saw mengenai hukum solat berjemaah, bagaimana Nabi Muhammad saw mengugut orang yang tidak mahu solat ke masjid dengan membakar rumah-rumah mereka.
Apakah lagi ada pengertian yang lebih baik dari wajibnya solat fardhu berjemaah terhadap dalil ini? Apakah kalau Nabi Muhammad saw ada ketika ini, baginda akan memaafkan kita?
Lihatlah hadis Ibnu Abi Maktum yang buta dan sudah tua. Rasulullah tidak mengizinkannya solat di rumah kerana ia masih boleh mendengar suara azan. Apakah orang yang sihat seperti kita boleh melepaskan tanggung jawab solat fardhu berjemaah ini?
Lihatlah Ijma’ para Sahabat mengenai hukum Solat Fardhu Berjemaah. Para sahabat nabi Muhammad saw semuanya sepakat bahawa barang siapa yang meninggalkan solat fardhu berjemaah dengan senghaja tanpa uzur syar’ie, seperti sakit atau musafir dan lain-lain yang boleh mendatangkan kemudharatan, maka orang itu adalah seorang Munafiq yang terang kemunafikannya.
Adakah ada orang yang lebih hebat dari sahabat nabi Muhammad saw selain dari nabi sendiri sehingga mereka boleh menukar hukum ijma’?
Apakah Kita Ikhlas Berugama Untuk Allah swt?
——————————————–
Jika kita ikhlas, maka Allah swt akan menunjukkan kita hidayahNya. Jika kita berugama hanya untuk mendapatkan pujian, atau penghormatan orang, atau kerana kawan, atau kerana gaji, atau kerana pangkat, atau kerana lain-lain selain Allah swt, maka bagaimanakah Allah swt akan memberikan kita HidayahNya itu.
Pahala Solat Bersendirian
————————-
Adakah kita anggap bahawa pahala solat fardhu kita secara bersendirian itu telah sempurna sehingga tidak ada cacatnya? Jika telah sempurna, maka adakah fikiran kita boleh kita pusatkan 100% semasa solat atau fikiran kita itu telah terbang jauh ketempat lain.? Jika kita masih tidak dapat memusatkan pemikiran, bermakna solat kita masih cacat dan jika masih cacat, bermakna kita masih lagi berhutang kepada Allah swt?
Dengan hutang yang ada ini adakah kita akan dapat melepaskan diri dari azab api neraka?.
Pilihan Yang Bijak
——————
Orang yang bijak adalah orang yang rajin belajar kerana merasa tanpa ilmu ia tidak akan tahu, dan jika ia tahu ia akan mengamalkan amalan yang terbaik dari pelajaran yang dipelajarinya.
Semua kita tahu bahawa solat berjemaah di masjid itu adalah amalan yang terbaik. Kalau kita mengakui bahawa kita orang yang bijak, namun kenapakah masih banyak di antara kita yang masih memilih solat fardhu di rumah? Atau Qadha atau tidak solat sama sekali?
Semoga ada baiknya untuk kita semua. Amin