“Kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita bekerja untuk memperkayakan orang lain.”
Dr Rusli Abdullah PhD (Chef Li) - Petunjuk Jalan Kekayaan.
“Orang miskin dan golongan pertengahan bekerja untuk wang, orang kaya pula membuatkan wang bekerja untuk mereka”.
Robert T. Kiyosaki - Rich Dad Poor Dad
Kebebasan Kewangan bukanlah sukar untuk dicapai. Ianya mampu dicapai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk membina kekayaan.
Azizi Ali - The Millionaire In Me
Emas yang tersembunyi hanya dapat dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggali.
Ann Wan Seng - Rahsia Bisnes Orang Cina (The Bamboo Network)
Dalam diri setiap insan ada gergasi yang beruapaya melakukan apa sahaja tetapi masih belum digunakan dengan sepenuhnya kerana ramai yang tidak sedar akan kewujudan kekuatan diri yang sangat istimewa.
Anthony Robbins - Awaken The Giant Within
Kenali diri anda, kelebihan dan kelemahan dan bertindak cemerlang. Diri anda mampu melakukan “wonders” lebih daripada apa yang anda mampu sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu memilikinya. Apa yang perlu adalah anda menembusi tembok yang sentiasa menjadi penghalang kejayaan anda.
Dato’ Dr Hj Fadzillah Kamsah - Menerobos Sempadan
Kenapa kita tidak Kaya???
1. Kita selalu memperlekeh dan pandang sinis, remeh setiap peluang yang ada.
2. Kita tidak meneliti, memikirkan dan menghayati peluang-peluang yang ada
3. Kita selalu ambil mudah dan nak yang termudah, nak cepat dan yang tercepat
dan akhirnya kita terpedaya dan dipedaya ......
akhirnya kita kekal disetuasi yang sama...........
angan-angan dan terus berangan-angan nak kaya ........
ha...ha....ha... padan muka aku..kerana aku pun sama...........
Bukan kita tidak tahu.........nak kaya
1. Perlu berfikiran positif
2. Perlu usaha yang gigih
3. Perlu pengorbanan
4. Perlu perancangan
5 Perlu ada visi dan misi
6. Perlu kikis sifat suka memberi alasan itu dan ini
BUKAN ANGAN-ANGAN DAN BERANGAN-ANGAN !!!!