Pernahkah anda dilamun cinta?
Jawapannya – ya
Pernahkah anda jadi tak tentu hala semata-mata kerana cinta?
Jawapannya – ya
Pernahkah anda berhabisan terutama wang ringgit kerana cinta?
Jawapannya – pernah juga
Pernahkah anda ibarat mandi tak basah, tidor tak lena, makan tak kenyang bahana dari cinta itu?
Jawapannya – pernah suatu ketika dulu, masa muda-muda.
Pernahkah anda hampir mereng, sewel, nyaris-nyaris INFLUENZA CG gara-gara putus cinta?
Jawapannya – segan le nak jawab. Pernah kot…
Pernahkah anda bertengkar, bergaduh, putus sedara, putus waris, putus kawan, semata-mata kerana cinta?
Jawapannya : Ish…melampau sangat tu.
Pernahkah anda putus cinta?
Jawapannya - bab ni sensitif. Tak terkira…
8 . TETAPI, pernah kah anda bercinta, di mana manusia yang anda cintai itu, anda tak pernah jumpa, tak pernah kenalpun…
Jawapannya – Hilang akal ke apa?
Inilah senario yang berlaku yang sebenarnya, ramai yang telah menjadi mangsa, tetapi malu untuk membuat pengakuan.
Selalunya, percintaan GILA ini bermula apabila mangsa terjerat di dalam ruangan sosial di internet.
Dari sesi perkenalan, lama kelamaan, timbul rasa kasih, sayang di sebelah pihak.
Mengapa sebelah pihak?
Kerana, pihak yang satu lagi sebenarnya adalah penjenayah siber untuk memerangkap mangsa yang dikategorikan sebagai KRONIK, BODOH, BAGHAL DAN BANGANG INI.
Kasar sangat ke ayat itu?
Sebenarnya, itu sahaja yang sesuai…
Apakah modus operandi penjenayah cinta siber ini?
Mereka akan menggoda mangsa.
Godaan menggunakan ayat-ayat power, memuji, memuja malah melonglaikan hati mangsa.
Lama kelamaan, mangsa secara tanpa sedar, akan mendedahkan maklumat peribadi mereka, seperti nama sebenar, alamat, tempat kerja, nombor telefon.
Proses ini mungkin memakan masa berbulan-bulan.
Setelah nombor telefon diperolehi, kedua-duanya akan berhubungan samada melalui sms, berbual.
Tidak akan berlaku perbualan menggunakan ‘video-call’
Bagi mangsa lelaki, penjenayah akan mula berjinak-jinak meminta top-up untuk telefonnya. Lelaki dengan BAHLOLnya akan menghadiahkan top-up, kadang-kadang hampir setiap hari.
Penjenayah akan menjadikan diri mereka antaranya sebagai penuntut sekolah, pelajar kolej, pelajar universiti. Dan sudah tentu mereka ini, bagi pandangan mangsa, tiada wang untuk menyara top-up atau hidup seharian kecuali dari ibu bapa.
Apa yang berlaku?
Bermulalah episod menghabiskan duit. Top up diberi, duit belanja dihantar – online banking.
Bila tiba harijadi, penjenayah akan menggoda mangsa untuk membelikannya hadiah. Mereka minta wang yang akan dionlinekan konon wang itu akan digunakan untuk membeli sendiri hadiah yang diinginkan.
Tapi, macamana mangsa boleh terpedaya?
Sebab – mangsa kelabu mata setelah penjenayah menghantar foto-foto seksi, menawan, cantik, perfect, kononnya itulah diri mereka. Walhal, foto tu entah dari mana mereka dapat, atau copy paste dari internet dan hantar pada mangsa.
Dengan bangangnya, mangsa percaya sejuta peratus, itu adalah manusia idaman hati yang digilainya..
Setelah beberapa bulan, mangsa makin dilamun cinta bodoh ini dan dunia dia hanyalah manusia yang menipunya itu tanpa disedarinya.
Secara tidak langsung, mangsa telah terikat dengan Influenza ini kerana mereka sebenarnya diugut secara halus untuk memberikan wang, seperti ugut untuk bunuh diri kerana mangsa tidak online wang, mangsa konon dah tak sayang sebab tak bagi top up, mangsa konon dah curang kerana tak bagi hadiah atau duit belanja.
Akhirnya, wang terus mencurah-curah ke dalam akaun penjenayah.
Siapakah mereka ini?
1 . Mereka biasanya anggota sindiket yang dilatih untuk melakukan penipuan ini dengan menggunakan pendekatan psikologi.
2. Mereka sanggup berbulan-bulan menunggu masa sesuai untuk memeras mangsa secara halus. Semuanya membabitkan wang.
3. Adakah mereka benar-benar perempuan?
Jawapannya – kebanyakannya adalah lelaki yang meniru suara seperti wanita ketika menggoda melalui telefon, dan ada juga adalah dari golongan nyah.
4.
5. Dari manakah mereka beroperasi? Kebanyakannya mereka menggunakan nombor telefon yang didaftarkan diSabah. Tetapi tidak semestinya mereka berada di
6. Masih menjadi misteri, mengapakah semua kegiatan ini menggunakan nombor telefon yang didaftarkan diSabah? Begitu juga seperti kegiatan penipuan SMS Power Root, Akademia Fantasia, Petronas dan lain-lain, semuanya dari
7.Tidak dapat disahkan, tetapi difahamkan di
8. Tidak dapat disahkan, tetapi ia ada kaitan komplot antara penjenayah dengan ejen-ejen menjual nombor prepaid dan mungkin dalam pengetahuan syarikat Telco.
Nasihat
Nasihat paling berguna, anda gunalah akal fikiran yang Allah beri sebelum anda terjebak dalam Influenza CCG ini.
1.100 peratus mereka yang terjebak bermula dari kata-kata godaan melalui ruangan sosial, email anda.
2. Kemudian godaan itu akan bertambah apabila anda menerima foto kononnya foto orang yang anda puja itu. Sebenarnya foto-foto itu, adalah foto-foto yang diambil di internet dan ada yang diubah suai menjadikan anda terpedaya.
3. Untuk mengujinya amat mudah. Minta orang yang anda gilai itu, hantar foto dia sedang buat sesuatu seperti sedang minum, posing depan rumah, dalam bas atau sedang memandu, dan bukannya foto yang hanya nampak muka, atau di mekap seperti model, atau foto yang diambil di dalam studio.
4. Jika ujian ini gagal dipatuhi, anda kena sedarlah, bahawa anda dalam proses untuk ditipu seterusnya.
5. Jangan dedahkan maklumat diri anda terutama alamat, tempat kerja atau nombor akaun anda. Semua ini akhirnya akan menjahanamkan anda sendiri.
Jika anda penjenayah itu:
Awas, sebenarnya amat mudah untuk mengesan anda dengan teknologi yang ada.
Ingat, bukan semua yang anda hendak jadikan mangsa, adalah mangsa sebenarnya. Mereka mungkin sedang memerangkap anda pula…
Kepada mangsa:
Hidup kena bergaul dengan masyarakat sekeliling. Anda kena peka apa yang berlaku, dan jangan hanya hidup dalam dunia anda sahaja sehinggakan bentuk penipuan yang paling mudah inipun, anda gagal untuk mengesannya.
Jangan malu membuat laporan polis jika anda rasa, anda telah terjebak. Simpan semua resit, slip bank yang berkaitan dengan Influenza CCG ini.
Jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi anda terutama alamat anda.
INFLUENZA CCG
adalah penyakit yang menimpa seluruh dunia dan menjadi wabak yang sukar dibendung walaupun berbagai usaha dilakukan termasuk menyuntik vaksin.
CCG adalah singkatan dari CHATTING CINTA GILA